2.1.11

YANG BARU MULA PASANG...MULA SURUT KEMBALI


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA... ADA AZAM TAK? AZAM TAHUN NI... NAK CARI DUIT SENDIRI..NAK RAJIN BELAJAR MASAK....TANAK BANYAK CAKAP....NAK ITU NAK INI NAK...BLA BLA BLA...

aish..ingatkan panas sampai ke petang..sampai tengahari je..tu pun,rupanya panas depan mata je..kat belakang hujan jugak...baru sedar..ishk... jadi suasana...sejuuk je la.... dah nasib badan agaknya...

itu je lah..semalam pertama kali umi buat nasi ayam. Sebagai permulaan...okkay la tu! yang penting  abis dan yang penting abah bertambah, nak. resepi amik daripada kak hana melui blog kak ros. terima kasih kepada kedua kakak2 yang terlibat. ngeeee....

 Sebenarnya tak sangka jugak orang yang tak pandai masak blh wat nasi ayam nih. boley wat lg len kali... yea yea...

NASI AYAM BUTTER.
Bahan-bahan
UTK NASI
3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk
2 sudu besar butter
garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
1/2 ekor ayam size kecil - potong
1 sk serbuk@kiub pati ayam
1 batang saderi - potong
2 inci halia - ketuk
Air secukupnyer
garam
daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri ( tak masuk ni)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional(tak letak)
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge