23.1.11

Breakfast yang malas

Gambar gambar menu yang lain masih dalam kamera..huhu..pg, nk masak tunggu penghuni rumah bangun dulu..tgk..kul 11.30 baru bgn.. goreng burger je lah..sbb sket masa lg nak masak untuk lunch plak.


very simple and mengenyangkan..hasilnya? makan tengahari kul 4 ptg..makan malam plak?hish...tak tau nk kata...

18.1.11

Jaga gigi ketika masih bayi


  •  Ibu disarankan berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
  • elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur.
  • bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara 3-4 tahun)
  • beri sedikit air masak kepada bayi anda bermula dia berusia 3 atau 4 bulan bertujuan untuk membersihkan mulutnya dari sisa susu
  • apabila anak berusia 10@11 bulan,beri dia minum banyak air masak dari cawan
  • apabila anda mendapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor.
  • sediakan air masak setiap kali makan
  • minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman manakala minum air masak terus dari gelas atau cawan.
  • jangan sediakan air manis ketika makan tengahari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman rasmi keluarga.
  • bermula umur 12 tahun, anak perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu 2 kali setahun.

14.1.11

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa


Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

12.1.11

Nasi ayam serai dan ayam perap

Kali ni try buat nasi ayam serai. sbb nampak sedap kak blog kak hana. kata kak hana, resepi asal dari kak jun.j.c. terima kasih kepada sifu sifu sekelian. tapi aku try edisi kak hana.tapi (brape byk tapi daaa...) bkn sumer ada. coba je la..ternyata boleh di terima oleh tekakku dan seterusnya tiada komen yang negatif dari juri. si budak kecik tu pun makan dgn penuh berselera je.. nasi ni di padankan dengan sup bola2 api a.k.a sup bodo2 dan ayam berempah resepi dari my very own FIL. haaa...hambek ko! biasanyer MIL kn.. memang besh guna resepi beliau sbb senang saje bahannya. gambar nya x berapa menarik sbb aku bukan pandai nk guna kamera ni. tapi rasa dia sedap. tak muak.

Nasi serai.

Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi - rendam 15min dan toskan - guna beras biasa je
2 cawan air rebusan ayam @ 1/2 kiub ayam+2 cawan air
1 helai daun pandan(yg ni takde, jd tak letak la)
3 batang serai - ketuk
1/2 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
rempah tumis - (kayu manis,bungalawang, biji pelaga, cengkih)
2 sudu makan butter@minyak sapi(goreng pakai minyak saje-lupa ada butter)
garam

Cara-cara
Panaskan butter@minyak sapi, tumis bawang, rempah tumis dan halia hingga naik bau. Masukkan serai dan daun pandan. Masukkan sekali beras dan gaul rata. Last skali masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga nasi masak.Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup jika suka.


Ayam berempah pok nik(kasi glamer sket dia)
beberapa ketui ayam
bawang merah
bawang putih
serbuk kari
garam
tepung jagung(bagi lebih bersalut pd ayam)
kunyit
lada merah
halia

blander sumer bahan kecuali ayam tu ler..pastu perap la. lagi lama perap lagi sedap rasa dia. pastu goreng. taruk la daun kari semasa menggoreng untuk bau yg lebih menggiurkan..ewah2....

p/s:lupa letak gambar. karang lah i edit.


Family Day blok D

ACARA PERMULAAN..,MAKAAAN!!!!

cik yah...jgn bawak lari kain pelikat tuuuu..


mewarna kunun...out of category... saje memeriahkan majlis

tumpang sekaki setangan.....

9.1.11

Pengerat Hubungan

Dulu, selalu wonder kenapa orang2 dewasa slalu kata, anak2 tu pengerat hubungan dalam sesebuah ikatan rumahtangga. sekarang agak paham la. bila ada krisis antara kami, anak2 selalunya 'menghubungkan' kami semula. Buat kami gelak time kami masing2 masyam muka...macam2 lah....



three trouble maker...la la la 

8.1.11

Jemput-jemput roti

Suatu masa dulu, balik kg, my sis ada buat jemput2 roti. Agak unik bagi aku yang baru berjinak dalam dunia masak memasak ni. hasilnya agak leper dan x berapa chanteq, kata otai2, itu adalah sebab kurang tepung tapi rasa dia lembut jer..dan sedap. lain kali, i akan cuba dengan menambah tepungnya.walau lambat  makan dan dah sejuk..tetap masih lembut. resepi? x berapa pandai nak tulis sbb main campak


CEKODOK ROTI.
bahan bahan.
beberapa keping roti
bawang besar
gandum
garam
sedikit lada merah(hiris dadu)

campurkan sumer bahan...dan goreng..makan ngan sos pilihan sendiri. kata sifu, makan ngan sambal tumis pon sodaap...kata my sis, letak ikan bilis atau udang lagi sedap tapi en asben dah pesan, beliau x suka ikan bilis dan beliau juga alergik terhadap udang..jadi sumer bahan itu di ketepikan. apa pun..sedap! (td, aku masuk bakul..skrg tgh angkat sendiri)..hehehe...

Asam pedas ayam

seumur hidup aku, xpenah makan asam pedas ayam. selalunya ikan patin je la. tapi hari tu terpandang kat rumah kak hana, katanya dari rumah k.ana. nampak cam senang pastu sumer bahan ada, aku pon try ler buat. jadi, ini ler hasilnya...

bukan nak tayang kat sesape pun..lagipun bukan elok mana pun hasilnya. Tp sebagai rujukan sendiri di masa depan.  Juri a.k.a asben kata...sedap...lain dari benda biasa aku masak. kira orait ler tuh.  jadi resepi nya ini ler dia...

Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu(yg ni, i letak lada mesin beli jer)
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba(letak 1 st jer)
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan

4.1.11

KATA- KATA HIKMAH PEMBERI SEMANGAT.

Found this one blog,...ada kata kata sebaik baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya... walhal dia xde masalah untuk marah2 pada isteri dia..tapi dia tetap berlembut. aku boley faham kenapa lelaki jenis itu dikatakan paling baik. ngeeeeeeeeeeeeee.... (dont worry bah..u r good enough for me..luv ya!)

jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan..KERANA ...titisan air hujan yang jernih juga  berasal dari awan yang gelap. Amik ni dari fleedy.com or mr google. Hmm...begitulah seadanya... sememangnya kehidupan ni ibarat roda... sekali dok atas skali dok bawah... kehidupan juga spt ombak d pantai..ada pasang dan ada surutnya...hidup aku skrg? kat tgh2...nak kata pasang ya jugak..nk kata surut...sket2 la..... mana ada yg sempurna....

Bergunung mana pun harta bukan lah kaya namanya  jika miskin budi bahasa. Segagah manapun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat di lawan. Secantik mana pun rupa nan ayu, bukan lah namanya ratu jika buruk tingkah laku.. Setinggi manapun darjatnya, bukanlah mulia jika tiada iman di dada.. melangit mana pun ilmu bukan lah bijaksana namanya jika tidak di amal dan digunakan...sealim mana pun warak bukan lah namanya ulamak jika takbur dan riak... SEBESAR MANA PUN UJIAN BUKANLAH NAMANYA BEBAN JIKA HATI SENTIASA PADA YANG ESA... amik kat sini. indah kata nya dan jugak bermakna...sesungguhnya Allah lah yang sempurna... kita? lu pikir la sendiri....

Kekayaan bukanlah suatu DOSA dan kecantikan bukanlah suatu kesalahan..oleh itu jika anda memiliki kedua2 nya, janganlah anda lupa pada Yang Maha Kuasa... ye la... kan semua itu daripada Nya... bukan saje jika ada kedua2nya..malah jika kaya saje pun kena ingat Allah..jika cantik saje pun kena ingat Allah..kalau xkaya dan x cantik pun kena jugak ingat Allah..semuanya ujian daripada Allah...besar ujian, besar ganjarannya bagi yang berjaya...  

2.1.11

BIASAKAN YANG BETUL...ATAU BETULKAN YANG BIASA

Hari ni nak merepek meraban.... apa yang biasa ..apa yang betul? sama ke dedua tu? daku sebenarnya nak bercakap mengenai tabiat kita hari ni... di mana silapnya?teringat dulu masa belajar..ada sorang roomate..memula masuk tutup kepala...las2 bila da nk abis, mula bukak tudung..semayang pun time dia pose jer..takut tak diterima puasa dia katanyer...apa dia ingat pose je ke wajib? bukan dia sorang saje... aku nak cakap mengenai aurat sebenarnya... merepek meraban je sebenarnya lebih.

Hari ini, orang islam dah biasa membuka aurat..katanya buka sket minda tu... wahai saudari2 ku... pakai tudung pun tak semestinya menutup aurat. malam tadi tgk citer Donut. lakonan fizz fairuz..puan sheila rusly.....kak sheila rosli itu contohnya...setelah beliau bertudung...adakah itu dikira aurat beliau ditutup?
dengan seluar dan baju yang rapat di kulit.... bukan hak aku untuk menilai dan menghukum sesape sbb aku sendiri pun belum tentu tertutup aurat. Cuma dengan usaha membesarkan tudung, melonggarkan baju...semoga Allah mengurangkan sket dosa..

kawan2..satu malaysia bukan semestinya kita mesti sama dengan orang2 kafir demi untuk menjadi satu.... sebab penilaian dosa pahala bukan dikira secara berkumpulan...ia akan dinilai secara individu.hari ni...alhamdulillah..sudah ramai yang bertudung tapi masya ALlah...makin ramai juga yang tak menutup auratnya... ibu bapa semakin suka tgk anak2 berpakaian seksi..ketat..sendat...ye la..sape tak suka tgk anak cantik...tapi tuan2 dan puan2...itu mainan dunia semata2.... pakai tudung tapi bajunya paras bahu.  haku bukan menilai perangai ni yer..tapi aku hanya sebut apa yang aku nampak...bukan aku nak kata dorang tu jahat.

Kawan2...Islam tak suruh kita PAKAI TUDUNG. tapi Islam suruh kita TUTUP AURAT.. Hari ni kebanyakan nya dah tak kisah pakai baju sendat2..biasa katanya. semua orang pun pakai begitu...YANG BIASA TAK SEMESTINYA BETUL.... sebaliknya hari ini...dah tak ramai nak BIASAKAN YANG BETUL... sama2 lah kita meng-upgrade kan diri kita bermula thn baru inih
 jgn sampe jd cengginih. tobat lah nak...

YANG BARU MULA PASANG...MULA SURUT KEMBALI


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA... ADA AZAM TAK? AZAM TAHUN NI... NAK CARI DUIT SENDIRI..NAK RAJIN BELAJAR MASAK....TANAK BANYAK CAKAP....NAK ITU NAK INI NAK...BLA BLA BLA...

aish..ingatkan panas sampai ke petang..sampai tengahari je..tu pun,rupanya panas depan mata je..kat belakang hujan jugak...baru sedar..ishk... jadi suasana...sejuuk je la.... dah nasib badan agaknya...

itu je lah..semalam pertama kali umi buat nasi ayam. Sebagai permulaan...okkay la tu! yang penting  abis dan yang penting abah bertambah, nak. resepi amik daripada kak hana melui blog kak ros. terima kasih kepada kedua kakak2 yang terlibat. ngeeee....

 Sebenarnya tak sangka jugak orang yang tak pandai masak blh wat nasi ayam nih. boley wat lg len kali... yea yea...

NASI AYAM BUTTER.
Bahan-bahan
UTK NASI
3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk
2 sudu besar butter
garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
1/2 ekor ayam size kecil - potong
1 sk serbuk@kiub pati ayam
1 batang saderi - potong
2 inci halia - ketuk
Air secukupnyer
garam
daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri ( tak masuk ni)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional(tak letak)
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

Facebook Badge