22.1.10

same old cook


singge daging versi x igt letak asam keping. boleh saje....


yg ni utk lunch semalam. looks yummy!heheh..ayam goreng kunyit je tuh. gempak lebih sket.jgn mare kawan2

Fatil ketidaksihatan.

Dah 3 hari tp masih belum sembuh. siyan dia. huhu...berak2 n muntah2.. sampai badan dah x bermaya sangat.dah g klinik n doc bg ubat thn muntah , ubat demam n air garam. it helps tp bila cukup time x suap, dia buat lg. huhuhu...
tang muntah yg x tahan, sekali dia muntah, sekali aku nagis. dia rilek je muntah tp aku tau dia seksa. Ya Allah, tolong la. kalau boleh pindahkan sakit dia ke aku, biarla aku yg tanggung. dia masih terlalu kecil. nasib baik farihin x byk kerenah.

tidur selepas kepenatan.byk sgt yg keluar.
tidur pun sekejap je. huhuhu..

Ya Allah, berilah kesembuhan pada dia.

20.1.10

I feel goooood..........



Kadang kala aktiviti harian aku sbg isteri n ibu ni agak memenatkan(kononnya) n membuat aku rasa tertekan.(ini madah2 ke apa eh?,x kisahlah). tapi when there is sum1 appreciate what we have done, sangat lega rasanya. hilang segala penat hanya dengan satu ucapan 'terima kasih'. terutama dari orang tersayang.

Kepada yg ucapkan terima kasih tu, i also wanna thank u for saying that.


Tetiba plak datang rasa berkobar2 utk jd lebih baik.heheh... harap ia adalah ikhlas n xde udang sebalik batu. Tp kalau rasa udang tu ada, tolong jgn sorok. Tunjuk je la. apa tah haku merepek nih. Layan sudaah..

19.1.10

CNP ARTICLE.ada betulnya jgk!


Memalukan

Berapa ramai lelaki tidak boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk
dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi
imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang
anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang
dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat
turun ke dapur membantu
ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya
sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak
diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang
membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng
kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita
jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau
ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin
ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak
memikat suami, perlu pikat seleranya sering
diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji
isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga
sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk
tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-
undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-
mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam
satu taman perumahan juga.

Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang
lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri
sebagai agenda utama, selain keperluan
memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang
kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident
menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia
dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga
menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi
mangsa queen control. Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

17.1.10

Baby day out

with acik wani n acik bava.
sambil nak merasa naik keta baru.heheh..


wif acik wani.


wif acik bava and her new hair style.hehe...


remain unknown.jgn mare aa... :-)

kalo kuar ngan umi n abah, mesti x leh naik ni.nasib baik ada acik2.


tgh try topi baru.

singgah mcd for lunch.

thanks to acik wani utk topi and kasut farihin.muah!

11.1.10

AISYA HUMAIRA

Aisya Humaira - UNIC

WAJAH BERSERI PIPI KEMERAHAN
ENGKAU DIGELAR AISYA HUMAIRA
NAMUN BUKAN INGIN KU BICARAKAN
HINGGA DIRIMU JADI SANJUNGAN
TETAPI MERAHNYA DARAH PERJUANGAN
PENIUP SEMANGAT SUAMI

KHABAR AL-IFQI SATU TITIK PERMULA
TELAH MENCALAR KEBAHAGIAAN
FITNAH MUNAFIQUN TAK KENAL SESIAPA
INSAN YANG MULIA ATAU SAHAJA
HARTA DIRIMU UMMAHATUL MUKMININ
YANG SETANDING AL-MUKATSIRIN

USAH DITANYAKAN MENGAPA
LEWATNYA TURUN WAHYU ITU
BAGI MEMBUKTIKAN KEPALSUAN
TUDUHAN SEORANG PENDUSTA

TETAPI LIHATLAH HIKMAHNYA
DI SEBALIK TIAP KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU
TUHAN TIDAK AKAN PERNAH MEMPERSIA-SIA
KETABAHAN SEORANG INSAN
DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN
YANG PENUH MEHNAH UJIAN

TAK KAN TERHIDU HARUM MEWANGI
JIKA TIDAK DINYALAKAN SETANGGI
TAK KAN TERASA MANISNYA
ANDAI TAK DILAMBUNG GELORA

ENGKAU ISTERI SEJATI
YANG MEMBANTU NABI
SAAT HUJUNG NYAWA KAN PERGI
SUNGGUH BERUNTUNGNYA DIKAU
PUNYAI SUAMI YANG AMAT
MENGASIHI UMATNYA
DIA INSAN YANG MULIA
KAU SEMADIKANNYA DI RUANG KAMARMU.....

Ya Allah, aku ingin akhlak sebaik wanita ini,... Bagi lah aku kekuatan untuk mengharungi liku2 hidup yang penuh cabaran ini dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Islam. Bagilah aku kekuatan untuk menjalankan sunnah rasulullah. Ya ALlah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalalil wal ikram......

Tak menjadi lagii




Malam tadi tgk dalam peti ada pisang.sayang pisang tu. Dah lembik sangat dah. Try wat kek. bakar tengok agak x berapa menjadi. Mungkin sebab pisang tu dah lembik sangat kot(siyan pisang..xpasal2 dipersalahkan). Somehow rasa dia x lah teruk sangat. boley tahan la. tahniah umi.hehehe. suka ati la wei.. ah,drpd pisang otu dibuang begitu sahaja, xgitu?gitu2..

9.1.10

Perkembangan Farihin

org ada blog, aku pun nk ada blog.. Org update hari2, aku update sekali sebulan. jampeh betuk sipemalas tahap beruang kutub ni. Ape2 jelah. saje nak mencoret perkembangan farihin. 2,3 hari ni, mata dia asyik ada taik mata je. mungkin sakit mata. sian dia. sepet sebelah mata dia. x bawak g klinik pun. Lagipun minggu ni nak kena bwk dia g klinik utk lawatan rutin. Kena cucuk lagi dia..huhu...siyan dier....

kelmarin...08.01.2010. secara rasmi dia telah berjaya meniarap dgn sindirinya. Tapi sayang.. saat tu, aku xde kat dia. tgk2,dia dah duk telangkup.ishk...nasib baik tinggal kejap je.apa pun, very happy dgn perkembangan si kecik tu. x sempat plak nak snap. hmmm...nanti lah lain kali dia meniarap lagi,nak snap a pic.hehe..

By the way, tghari tadi, sebelum en hubby g keje, he tell me a good news. hehe..make me happy. Katanya berat badan dia naik lagi. it reach 67kg already. boleh x nak naikkan lagi sampai 70 kg?ngeh3... wish me luck. As for me myself..rasanya naik jugak dah ni. tengok tgn pun dah gemuk. and seluar yg biasanya longgar tu dah muat ngam2..menakutkan la plak. nak kena turunkan plak ni. payah betul kalau suka makan n x suka wat keje ni. huwaaaaaaa... nk kena work out as soon as possible ni. Kawan2,..bagi la sokongan.huhuhu.....

orait, thats the entry for now. jap agi, wat agih another entry.. ceh..time rajin nih.. peace!!!

2.1.10

New recipes??

2 hari pas dapatkan buku kak liza, cuba resepi bihun tomyam. Tapi disebabkan terlupa nak beli bihun, try wat ngan kue teow. boleh tahan jugak rasa nyer..heheh.. tapi setelah di cuba oleh mr hubby yang tahap QC dia agak tinggi sket...rasa masakan tu... boleh tahan la.. pape lah, yang penting habis! pueh hati den.


And this morning, try wat bihun goreng singapore. well, as for me,it taste great. But hubby kata..not bad..hmm... sebelum ni pun pernah buat jugak tapi guna lada putih. xberapa menjadi. try guna resepi kak liza, ok la jugak rasa dia. Huhu...cant wait to try another recipe. x sabar jugak nk dapatkan koleksi lain plak.

Facebook Badge