31.12.10

KEMUNCULAN KEMBALI

Assalamualaikum anak2. Sekarang baru umi terasa sedikit lega. Konflik dalaman umi je. Jadi sekarang umi nak mula balik tulis blog untuk anak2 yer. farihin skawang ni stahun 2 bulan. baru blh jalan...si putera kepada seorang sahabat sudah pun berjalan walapun baru umur 11 bulan. Takpe2..itu biasa..anak umi ni luar biasa kowt. kekeke...

Nak sembang hape? beberapa hari lepas, dapat sms dari satu no yg tak dikenali..tp isi nya bagus la jugap. jadi nak letak la di blok sendiri ni sbg peringatan kot2 terpadam sms tu
hihihi.... katanya...

The correct timing to drink water will maximize its effectiveness to the human body:

1.) 1 glass after you wake up helps activate internal organs
2.) 2 glasses of water 30 minutes before meal will help digestive
3.) 1 glass after taking a bath helps lower blood pressure
4.) 1 glass before you sleep will help avoid stroke or heart attack at midnight

wishing you the best of health.see?the goodness of water. jadi, untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi, boleh amalkan la agaknya salah satu mungkin cara untuk mencegah ni.

p/s: very happy with the kids now

10.8.10

RAMADHAN MENJELMA LAGI


Alhamdulillah..tahun ni sempat lagi kita tiba di bulan yg penuh keberkatn dari Yang Maha Esa ini..semoga ramadhan kali ni adalah lebih baik dari ramadhan tahun2 sudah...
what to improve utk tahun ni?? tanak buka ngan nasi kerabu hari2 lagi..hehehe.. and nak khatam Quran kali ni..tahun lepas separuh pun x habis..semoga kita semua diberi kekuatan utk menjalankan ibadah dan semoga segala amalan kita diterima oleh Nya.. mintak ikhlas je...
 hari pertama sahur... daging goreng dengan sayur goreng..simpel mimpel...huh...sekarang tinggal nak fikir menu utk berbuka plak...

SELAMAT BERPUASA SEKALI LAGI BUAT SEMUA...

17.5.10

SYUKUR


Dear diary,hari ni aku nak panjatkan kesyukuran ku kepada Khaliqku yg telah menciptakan aku yg lengkap dengan perasaan sbg seorang manusia. aku mampu gembira, aku mampu sedih, aku mampu cemburu, aku mampu menyayangi dan segala perasaan lain..... Ya Allah, Ya Khaliq, jedikan lah aku manusia yg mampu memberi manfaat kepada manusia lain dan jangan lah kau melebihkan sifat mazmumah dalam diri ku, dan Kau kuatkan lah sifat Mahmudah pada diriku semoga aku dan keluargaku sentiasa berada dalam keredhaan Mu.....

Dear diary,few days ago, dapat surat untuk g temuduga.......fuuuuuuuuuuuuuu...never been to any intvw session so far. Belum tau nak g ke x.. nak kena fikir dulu...hehehe... wish me luck!

15.5.10

ULTRAMAN NGANGO

Original version

mana yg paling cute...hehehe

SELAMAT HARI GURU

Sempena hari guru ni...saya siti asmat bt abdul ghani...dengan tulus ikhlas ingin melafazkan penghargaan saya untuk semua guru yg pernah mendidik saya sampai skrg walaupun saya bukan end up dengan kejayaan yg diharapkan..tapi sekurang2 nya saya kenal merah biru, baik burruk, betul salah...

Antara guru2 yg saya ingat...cikgu yap ai hoon, sir yazid yg ajar bahasa inggeris, cikgu kamaruddin, ustazah noraini, ustazah hashimah, cikgu fatihah, teacher himrolaini yg mengajar bahasa inggeris dan suaminya yg mengajar bahasa melayu, cikgu rosli yg mengajar sains, cikgu hadi for biologi, cikgu wan ahmad for kimia, cikgu borhanuddin, cikgu yusri for maths...dan ramai lagi yg x tersebut...semua jasa kalian amat saya hargai...

25.3.10

Ciri isteri solehah (bhgn 1)

Aku ke ni?takkan la... mancung je hidung tu... Cheese! cita2 je lebih...huh


Saje sebagai peringatan untuk aku  yg jahil lagi jahiliah ni.. sungguhnya sejahat2 aku, masih juga mendambakan keredhaan Allah... semoga kita semua mampu..
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
....

21.3.10

CIRI CIRI SUAMI YG BAIK


10 sifat calon suami yang baik: 
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
alhamdulillah.... ciri2 suami ku. haku je isteri yg hampeh. patut la..... huhuhu.... 

18.3.10

Woman's Day???

Ada eh hari wanita sedunia..baru tau kot. Kebetulan on this day(08.03.2010),we went to MPH... bought couple of book for me bertemakan wanita.. kebetulan je. Bagus betul. Terima kasih kepada en firdaus for the very lovely books. love them. I'll use them. trust me.hehehe..bodek lebih ni.... oh ya.. the puzzle..is fatil's. not mine. ekekeke

Another Day Out


suatu hari sabtu yang damai, kami sekeluarga keluar berjalan jalan. ewah2...dgn penuh skema nya aku menulis. memula g taman Putra perdana. sblm ni tak penah plak haku tau akan kewujudan taman itu di putrajaya. huhuhu.. sungguh bongek. Cantik..sesuai untuk riadhah dgn keluarga.

Pastu, sesuai dgn hari sabtu..kami g cari pasar mlm. Kali ni g pasar malam sg besi.seronok..makanan banyak yg nampak menyelerakan. sekali berlaku peristiwa yg agak mengharukan kami sekeluarga yg hampir menitiskan air mata en firdaus yg macho itu. kih3... dahla kena marah ngan ayah. hahaha..padan muka... Sekali terkunci steering dgn kunci ada kat rumah. kui..nasib baik jumpa dgn keluarga en rizalhafiz yg baik hati itu. Beliau dengan selambanya belanja kami yg kesedihan itu makan dan hantar kami pulang dan patah balik utk mengambil kereta kami. Terharu sungguh. Bagus2.... buat baik dibalas baik, buat jahat jgn sekali.hehe.. meraban dah tu.. jadi, meh la nikmati pemandangan yg indah ini...


11.2.10

TRIP TO IPOH AND PENANG



2 minggu lepas rasanya g tapi x sempat mencatat pengalaman tu. Skrg curi masa sket utk djadikan kenangan di masa depan. at 1st place, g ipoh utk menghadiri walimah daripada pn atifah, husband's colleague but my sister in law(SIL) from penang call us to spend some of our precious time there. hehe..lagipun aku belum penah jejak kaki ke rumah tu. sebelum ni penah g tapi kt rumah lain, skrg dah pindah. it was a great journey. i wish i could be at penang more often. i like the food there. spicy but not very 'de.

okeh2, satu persatu wokeh. memula, kat majlis kawin ifah, the food.. sooo yummy. i ate a whole plate. licin! dah la isik byk, penuh perowt woo.. hmm..for en firdaus, agak kureng kot sebab agak pedas katanya.siyan dier. and a very beautiful ifah. congratulation friend. now i;m waiting for his other friend to get married. cecepat yer kepada yg berkenaan. hehehe..

Then at penang, pas majlis tu, terus gerak ke penang. sampai dah petang. x g memana pun. cuma malam tu g pekana char kue teow. original punya!!!. fatil jumpa sepupu,memula segan pastu..haa..hambik kao, xtau tido kul bape dorang. asyik sungguh men game kat komp. Dah la wajah iras. macam adik beradik. ishk3.. The next day,g mandi air terjun atau kata orang penang, batu hampaq. anak2 je mandi. kitorang sebagai lifeguard je.then petang we went to the island. nek ferry!! kali pertama aku naik menda alah tu.haha... x guna. anyway, it was fun.then sampai sana, singgah semayang pastu balik.hahaha..kelakar sungguh. beli mcD and char kue teow. rasa x cukup tau makan the original ckt from penang. sepinggan x cukup. en firdaus, mlm pertama 2 pinggan. mlm ke2 pun 2 pinggan lagi. kemaruk betul. esoknya,sebelum balik, g menikmati nasi kandaq. lazat!!!... pendek kata, semua makanan yg aku pernah cuba dari sana memang mebeles lah. kecuali bab jeruk buah.hehe..x kena ngan selera.. sebab biasa makan jeruk siam kot.ngeh3...pastu, balik..ngeh3..sampai umah dalam kul 8 gitu..jom layan pic plak

yeaa.dah masuk ipoh


yeeha..saya dpt bunga TELUR. my peberet telur is in there!!!



fatil n cousin tgh men air di awasi en firdaus


my SIL dgn 'anak2nya'.hehehe


atas feri.si borek dan rintik.

fatil yg kebingungan. bgn2 tido je ada atas air. terpinga2 dia. hik3..

pekena nasi kandaq. the last person finish the food.hmm xpaham aku.pinggan lain seme dah kosong

8.2.10

Setel separuh.

kad pengenalan dah buat. tinggal g amik je. kad bank pun dah siap 1. the other, kena tunggu ada masa free lain plak. Bila difikirkan balik, semuanya ada hikmah tersembunyi. Hari tu sebelum hilang wallet ni, kitorang ada cakap2 nak tukar kad pengenalan. tapi tertangguh2. tup2 jadi camni, nak tanak, kitorang dapat la ic baru. huhu... masih berbaki rasa bersalah. semoga diampunkan.perkara lain, lesen beliau. hmm.... dah cuba g tapi xleh buat jugak sebab gambar paspot tadak. is this some kind of luck or a test or a return for our wrongdoings? Semoga kami sekeluarga dapat terima segala ketentuan dengan redha dan penuh kesyukuran.

kejadian yang meriakkan suami ku. hak3...
petugas kaunter : hilang lesen ya encik?
en firdaus :ya
petugas kaunter :nasib baik belum kawin lagi, kalau tak.. dengan isteri2 pun hilang.
aku? : ??? (baby face?nonono.. budak sekolah face. hehehe)

3.2.10

Tengah risau ni

akhirnya, ruangan ni aku masuk jugak.malas+tak sempat. sebenarnya sekarang tengah risau dan rasa sangat bersalah sebab aku dah berjaya hilangkan wallet en firdaus tanpa jejak. huhuhu.... selasa g p. mlm bwk wallet beliau tapi dalam kelam kabut dengan brg2 aku dengan penuh tak sengaja telah melupakan wallet tu. huhu.. kemana la ko wahai en. wallet.. dalam wallet tu semua ic ada, his, mine and fatil's My Kid. kad bank beliau dedua ada dalam tu.
en firdaus tu pun nampak sungguh risau. dah cuba utk cheer him up tapi it doesnt seem to work. huwaaa... maapkan umi wahai abah di tow. apa nk buat tah sekarang.

22.1.10

same old cook


singge daging versi x igt letak asam keping. boleh saje....


yg ni utk lunch semalam. looks yummy!heheh..ayam goreng kunyit je tuh. gempak lebih sket.jgn mare kawan2

Fatil ketidaksihatan.

Dah 3 hari tp masih belum sembuh. siyan dia. huhu...berak2 n muntah2.. sampai badan dah x bermaya sangat.dah g klinik n doc bg ubat thn muntah , ubat demam n air garam. it helps tp bila cukup time x suap, dia buat lg. huhuhu...
tang muntah yg x tahan, sekali dia muntah, sekali aku nagis. dia rilek je muntah tp aku tau dia seksa. Ya Allah, tolong la. kalau boleh pindahkan sakit dia ke aku, biarla aku yg tanggung. dia masih terlalu kecil. nasib baik farihin x byk kerenah.

tidur selepas kepenatan.byk sgt yg keluar.
tidur pun sekejap je. huhuhu..

Ya Allah, berilah kesembuhan pada dia.

20.1.10

I feel goooood..........



Kadang kala aktiviti harian aku sbg isteri n ibu ni agak memenatkan(kononnya) n membuat aku rasa tertekan.(ini madah2 ke apa eh?,x kisahlah). tapi when there is sum1 appreciate what we have done, sangat lega rasanya. hilang segala penat hanya dengan satu ucapan 'terima kasih'. terutama dari orang tersayang.

Kepada yg ucapkan terima kasih tu, i also wanna thank u for saying that.


Tetiba plak datang rasa berkobar2 utk jd lebih baik.heheh... harap ia adalah ikhlas n xde udang sebalik batu. Tp kalau rasa udang tu ada, tolong jgn sorok. Tunjuk je la. apa tah haku merepek nih. Layan sudaah..

19.1.10

CNP ARTICLE.ada betulnya jgk!


Memalukan

Berapa ramai lelaki tidak boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk
dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi
imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang
anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang
dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat
turun ke dapur membantu
ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya
sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak
diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang
membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng
kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita
jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau
ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin
ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak
memikat suami, perlu pikat seleranya sering
diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji
isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga
sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk
tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-
undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-
mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam
satu taman perumahan juga.

Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang
lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri
sebagai agenda utama, selain keperluan
memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang
kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident
menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia
dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga
menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi
mangsa queen control. Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

17.1.10

Baby day out

with acik wani n acik bava.
sambil nak merasa naik keta baru.heheh..


wif acik wani.


wif acik bava and her new hair style.hehe...


remain unknown.jgn mare aa... :-)

kalo kuar ngan umi n abah, mesti x leh naik ni.nasib baik ada acik2.


tgh try topi baru.

singgah mcd for lunch.

thanks to acik wani utk topi and kasut farihin.muah!

11.1.10

AISYA HUMAIRA

Aisya Humaira - UNIC

WAJAH BERSERI PIPI KEMERAHAN
ENGKAU DIGELAR AISYA HUMAIRA
NAMUN BUKAN INGIN KU BICARAKAN
HINGGA DIRIMU JADI SANJUNGAN
TETAPI MERAHNYA DARAH PERJUANGAN
PENIUP SEMANGAT SUAMI

KHABAR AL-IFQI SATU TITIK PERMULA
TELAH MENCALAR KEBAHAGIAAN
FITNAH MUNAFIQUN TAK KENAL SESIAPA
INSAN YANG MULIA ATAU SAHAJA
HARTA DIRIMU UMMAHATUL MUKMININ
YANG SETANDING AL-MUKATSIRIN

USAH DITANYAKAN MENGAPA
LEWATNYA TURUN WAHYU ITU
BAGI MEMBUKTIKAN KEPALSUAN
TUDUHAN SEORANG PENDUSTA

TETAPI LIHATLAH HIKMAHNYA
DI SEBALIK TIAP KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU
TUHAN TIDAK AKAN PERNAH MEMPERSIA-SIA
KETABAHAN SEORANG INSAN
DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN
YANG PENUH MEHNAH UJIAN

TAK KAN TERHIDU HARUM MEWANGI
JIKA TIDAK DINYALAKAN SETANGGI
TAK KAN TERASA MANISNYA
ANDAI TAK DILAMBUNG GELORA

ENGKAU ISTERI SEJATI
YANG MEMBANTU NABI
SAAT HUJUNG NYAWA KAN PERGI
SUNGGUH BERUNTUNGNYA DIKAU
PUNYAI SUAMI YANG AMAT
MENGASIHI UMATNYA
DIA INSAN YANG MULIA
KAU SEMADIKANNYA DI RUANG KAMARMU.....

Ya Allah, aku ingin akhlak sebaik wanita ini,... Bagi lah aku kekuatan untuk mengharungi liku2 hidup yang penuh cabaran ini dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Islam. Bagilah aku kekuatan untuk menjalankan sunnah rasulullah. Ya ALlah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalalil wal ikram......

Tak menjadi lagii




Malam tadi tgk dalam peti ada pisang.sayang pisang tu. Dah lembik sangat dah. Try wat kek. bakar tengok agak x berapa menjadi. Mungkin sebab pisang tu dah lembik sangat kot(siyan pisang..xpasal2 dipersalahkan). Somehow rasa dia x lah teruk sangat. boley tahan la. tahniah umi.hehehe. suka ati la wei.. ah,drpd pisang otu dibuang begitu sahaja, xgitu?gitu2..

9.1.10

Perkembangan Farihin

org ada blog, aku pun nk ada blog.. Org update hari2, aku update sekali sebulan. jampeh betuk sipemalas tahap beruang kutub ni. Ape2 jelah. saje nak mencoret perkembangan farihin. 2,3 hari ni, mata dia asyik ada taik mata je. mungkin sakit mata. sian dia. sepet sebelah mata dia. x bawak g klinik pun. Lagipun minggu ni nak kena bwk dia g klinik utk lawatan rutin. Kena cucuk lagi dia..huhu...siyan dier....

kelmarin...08.01.2010. secara rasmi dia telah berjaya meniarap dgn sindirinya. Tapi sayang.. saat tu, aku xde kat dia. tgk2,dia dah duk telangkup.ishk...nasib baik tinggal kejap je.apa pun, very happy dgn perkembangan si kecik tu. x sempat plak nak snap. hmmm...nanti lah lain kali dia meniarap lagi,nak snap a pic.hehe..

By the way, tghari tadi, sebelum en hubby g keje, he tell me a good news. hehe..make me happy. Katanya berat badan dia naik lagi. it reach 67kg already. boleh x nak naikkan lagi sampai 70 kg?ngeh3... wish me luck. As for me myself..rasanya naik jugak dah ni. tengok tgn pun dah gemuk. and seluar yg biasanya longgar tu dah muat ngam2..menakutkan la plak. nak kena turunkan plak ni. payah betul kalau suka makan n x suka wat keje ni. huwaaaaaaa... nk kena work out as soon as possible ni. Kawan2,..bagi la sokongan.huhuhu.....

orait, thats the entry for now. jap agi, wat agih another entry.. ceh..time rajin nih.. peace!!!

2.1.10

New recipes??

2 hari pas dapatkan buku kak liza, cuba resepi bihun tomyam. Tapi disebabkan terlupa nak beli bihun, try wat ngan kue teow. boleh tahan jugak rasa nyer..heheh.. tapi setelah di cuba oleh mr hubby yang tahap QC dia agak tinggi sket...rasa masakan tu... boleh tahan la.. pape lah, yang penting habis! pueh hati den.


And this morning, try wat bihun goreng singapore. well, as for me,it taste great. But hubby kata..not bad..hmm... sebelum ni pun pernah buat jugak tapi guna lada putih. xberapa menjadi. try guna resepi kak liza, ok la jugak rasa dia. Huhu...cant wait to try another recipe. x sabar jugak nk dapatkan koleksi lain plak.

Facebook Badge