Gambar gambar menu yang lain masih dalam kamera..huhu..pg, nk masak tunggu penghuni rumah bangun dulu..tgk..kul 11.30 baru bgn.. goreng burger je lah..sbb sket masa lg nak masak untuk lunch plak.
very simple and mengenyangkan..hasilnya? makan tengahari kul 4 ptg..makan malam plak?hish...tak tau nk kata...
sebuah perjalanan menuju cinta yang abadi. tiada yang kekal melainkan ALLAH. s.w.t
23.1.11
22.1.11
18.1.11
Jaga gigi ketika masih bayi
- Ibu disarankan berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
- elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur.
- bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara 3-4 tahun)
- beri sedikit air masak kepada bayi anda bermula dia berusia 3 atau 4 bulan bertujuan untuk membersihkan mulutnya dari sisa susu
- apabila anak berusia 10@11 bulan,beri dia minum banyak air masak dari cawan
- apabila anda mendapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor.
- sediakan air masak setiap kali makan
- minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman manakala minum air masak terus dari gelas atau cawan.
- jangan sediakan air manis ketika makan tengahari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman rasmi keluarga.
- bermula umur 12 tahun, anak perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu 2 kali setahun.
14.1.11
Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
12.1.11
Nasi ayam serai dan ayam perap
Kali ni try buat nasi ayam serai. sbb nampak sedap kak blog kak hana. kata kak hana, resepi asal dari kak jun.j.c. terima kasih kepada sifu sifu sekelian. tapi aku try edisi kak hana.tapi (brape byk tapi daaa...) bkn sumer ada. coba je la..ternyata boleh di terima oleh tekakku dan seterusnya tiada komen yang negatif dari juri. si budak kecik tu pun makan dgn penuh berselera je.. nasi ni di padankan dengan sup bola2 api a.k.a sup bodo2 dan ayam berempah resepi dari my very own FIL. haaa...hambek ko! biasanyer MIL kn.. memang besh guna resepi beliau sbb senang saje bahannya. gambar nya x berapa menarik sbb aku bukan pandai nk guna kamera ni. tapi rasa dia sedap. tak muak.
Nasi serai.
Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi - rendam 15min dan toskan - guna beras biasa je
2 cawan air rebusan ayam @ 1/2 kiub ayam+2 cawan air
1 helai daun pandan(yg ni takde, jd tak letak la)
3 batang serai - ketuk
1/2 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
rempah tumis - (kayu manis,bungalawang, biji pelaga, cengkih)
2 sudu makan butter@minyak sapi(goreng pakai minyak saje-lupa ada butter)
garam
Cara-cara
Panaskan butter@minyak sapi, tumis bawang, rempah tumis dan halia hingga naik bau. Masukkan serai dan daun pandan. Masukkan sekali beras dan gaul rata. Last skali masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga nasi masak.Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup jika suka.
Ayam berempah pok nik(kasi glamer sket dia)
beberapa ketui ayam
bawang merah
bawang putih
serbuk kari
garam
tepung jagung(bagi lebih bersalut pd ayam)
kunyit
lada merah
halia
blander sumer bahan kecuali ayam tu ler..pastu perap la. lagi lama perap lagi sedap rasa dia. pastu goreng. taruk la daun kari semasa menggoreng untuk bau yg lebih menggiurkan..ewah2....
p/s:lupa letak gambar. karang lah i edit.

Subscribe to:
Posts (Atom)