25.3.10

Ciri isteri solehah (bhgn 1)

Aku ke ni?takkan la... mancung je hidung tu... Cheese! cita2 je lebih...huh


Saje sebagai peringatan untuk aku  yg jahil lagi jahiliah ni.. sungguhnya sejahat2 aku, masih juga mendambakan keredhaan Allah... semoga kita semua mampu..
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
....

21.3.10

CIRI CIRI SUAMI YG BAIK


10 sifat calon suami yang baik: 
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
alhamdulillah.... ciri2 suami ku. haku je isteri yg hampeh. patut la..... huhuhu.... 

18.3.10

Woman's Day???

Ada eh hari wanita sedunia..baru tau kot. Kebetulan on this day(08.03.2010),we went to MPH... bought couple of book for me bertemakan wanita.. kebetulan je. Bagus betul. Terima kasih kepada en firdaus for the very lovely books. love them. I'll use them. trust me.hehehe..bodek lebih ni.... oh ya.. the puzzle..is fatil's. not mine. ekekeke

Another Day Out


suatu hari sabtu yang damai, kami sekeluarga keluar berjalan jalan. ewah2...dgn penuh skema nya aku menulis. memula g taman Putra perdana. sblm ni tak penah plak haku tau akan kewujudan taman itu di putrajaya. huhuhu.. sungguh bongek. Cantik..sesuai untuk riadhah dgn keluarga.

Pastu, sesuai dgn hari sabtu..kami g cari pasar mlm. Kali ni g pasar malam sg besi.seronok..makanan banyak yg nampak menyelerakan. sekali berlaku peristiwa yg agak mengharukan kami sekeluarga yg hampir menitiskan air mata en firdaus yg macho itu. kih3... dahla kena marah ngan ayah. hahaha..padan muka... Sekali terkunci steering dgn kunci ada kat rumah. kui..nasib baik jumpa dgn keluarga en rizalhafiz yg baik hati itu. Beliau dengan selambanya belanja kami yg kesedihan itu makan dan hantar kami pulang dan patah balik utk mengambil kereta kami. Terharu sungguh. Bagus2.... buat baik dibalas baik, buat jahat jgn sekali.hehe.. meraban dah tu.. jadi, meh la nikmati pemandangan yg indah ini...


11.2.10

TRIP TO IPOH AND PENANG



2 minggu lepas rasanya g tapi x sempat mencatat pengalaman tu. Skrg curi masa sket utk djadikan kenangan di masa depan. at 1st place, g ipoh utk menghadiri walimah daripada pn atifah, husband's colleague but my sister in law(SIL) from penang call us to spend some of our precious time there. hehe..lagipun aku belum penah jejak kaki ke rumah tu. sebelum ni penah g tapi kt rumah lain, skrg dah pindah. it was a great journey. i wish i could be at penang more often. i like the food there. spicy but not very 'de.

okeh2, satu persatu wokeh. memula, kat majlis kawin ifah, the food.. sooo yummy. i ate a whole plate. licin! dah la isik byk, penuh perowt woo.. hmm..for en firdaus, agak kureng kot sebab agak pedas katanya.siyan dier. and a very beautiful ifah. congratulation friend. now i;m waiting for his other friend to get married. cecepat yer kepada yg berkenaan. hehehe..

Then at penang, pas majlis tu, terus gerak ke penang. sampai dah petang. x g memana pun. cuma malam tu g pekana char kue teow. original punya!!!. fatil jumpa sepupu,memula segan pastu..haa..hambik kao, xtau tido kul bape dorang. asyik sungguh men game kat komp. Dah la wajah iras. macam adik beradik. ishk3.. The next day,g mandi air terjun atau kata orang penang, batu hampaq. anak2 je mandi. kitorang sebagai lifeguard je.then petang we went to the island. nek ferry!! kali pertama aku naik menda alah tu.haha... x guna. anyway, it was fun.then sampai sana, singgah semayang pastu balik.hahaha..kelakar sungguh. beli mcD and char kue teow. rasa x cukup tau makan the original ckt from penang. sepinggan x cukup. en firdaus, mlm pertama 2 pinggan. mlm ke2 pun 2 pinggan lagi. kemaruk betul. esoknya,sebelum balik, g menikmati nasi kandaq. lazat!!!... pendek kata, semua makanan yg aku pernah cuba dari sana memang mebeles lah. kecuali bab jeruk buah.hehe..x kena ngan selera.. sebab biasa makan jeruk siam kot.ngeh3...pastu, balik..ngeh3..sampai umah dalam kul 8 gitu..jom layan pic plak

yeaa.dah masuk ipoh


yeeha..saya dpt bunga TELUR. my peberet telur is in there!!!



fatil n cousin tgh men air di awasi en firdaus


my SIL dgn 'anak2nya'.hehehe


atas feri.si borek dan rintik.

fatil yg kebingungan. bgn2 tido je ada atas air. terpinga2 dia. hik3..

pekena nasi kandaq. the last person finish the food.hmm xpaham aku.pinggan lain seme dah kosong

Facebook Badge