22.1.10

same old cook


singge daging versi x igt letak asam keping. boleh saje....


yg ni utk lunch semalam. looks yummy!heheh..ayam goreng kunyit je tuh. gempak lebih sket.jgn mare kawan2

Fatil ketidaksihatan.

Dah 3 hari tp masih belum sembuh. siyan dia. huhu...berak2 n muntah2.. sampai badan dah x bermaya sangat.dah g klinik n doc bg ubat thn muntah , ubat demam n air garam. it helps tp bila cukup time x suap, dia buat lg. huhuhu...
tang muntah yg x tahan, sekali dia muntah, sekali aku nagis. dia rilek je muntah tp aku tau dia seksa. Ya Allah, tolong la. kalau boleh pindahkan sakit dia ke aku, biarla aku yg tanggung. dia masih terlalu kecil. nasib baik farihin x byk kerenah.

tidur selepas kepenatan.byk sgt yg keluar.
tidur pun sekejap je. huhuhu..

Ya Allah, berilah kesembuhan pada dia.

20.1.10

I feel goooood..........



Kadang kala aktiviti harian aku sbg isteri n ibu ni agak memenatkan(kononnya) n membuat aku rasa tertekan.(ini madah2 ke apa eh?,x kisahlah). tapi when there is sum1 appreciate what we have done, sangat lega rasanya. hilang segala penat hanya dengan satu ucapan 'terima kasih'. terutama dari orang tersayang.

Kepada yg ucapkan terima kasih tu, i also wanna thank u for saying that.


Tetiba plak datang rasa berkobar2 utk jd lebih baik.heheh... harap ia adalah ikhlas n xde udang sebalik batu. Tp kalau rasa udang tu ada, tolong jgn sorok. Tunjuk je la. apa tah haku merepek nih. Layan sudaah..

19.1.10

CNP ARTICLE.ada betulnya jgk!


Memalukan

Berapa ramai lelaki tidak boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk
dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi
imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang
anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang
dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat
turun ke dapur membantu
ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya
sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak
diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang
membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng
kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita
jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau
ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin
ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak
memikat suami, perlu pikat seleranya sering
diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji
isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga
sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk
tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-
undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-
mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam
satu taman perumahan juga.

Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang
lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri
sebagai agenda utama, selain keperluan
memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang
kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident
menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia
dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga
menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi
mangsa queen control. Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

17.1.10

Baby day out

with acik wani n acik bava.
sambil nak merasa naik keta baru.heheh..


wif acik wani.


wif acik bava and her new hair style.hehe...


remain unknown.jgn mare aa... :-)

kalo kuar ngan umi n abah, mesti x leh naik ni.nasib baik ada acik2.


tgh try topi baru.

singgah mcd for lunch.

thanks to acik wani utk topi and kasut farihin.muah!

Facebook Badge