14.1.11

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa


Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

12.1.11

Nasi ayam serai dan ayam perap

Kali ni try buat nasi ayam serai. sbb nampak sedap kak blog kak hana. kata kak hana, resepi asal dari kak jun.j.c. terima kasih kepada sifu sifu sekelian. tapi aku try edisi kak hana.tapi (brape byk tapi daaa...) bkn sumer ada. coba je la..ternyata boleh di terima oleh tekakku dan seterusnya tiada komen yang negatif dari juri. si budak kecik tu pun makan dgn penuh berselera je.. nasi ni di padankan dengan sup bola2 api a.k.a sup bodo2 dan ayam berempah resepi dari my very own FIL. haaa...hambek ko! biasanyer MIL kn.. memang besh guna resepi beliau sbb senang saje bahannya. gambar nya x berapa menarik sbb aku bukan pandai nk guna kamera ni. tapi rasa dia sedap. tak muak.

Nasi serai.

Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi - rendam 15min dan toskan - guna beras biasa je
2 cawan air rebusan ayam @ 1/2 kiub ayam+2 cawan air
1 helai daun pandan(yg ni takde, jd tak letak la)
3 batang serai - ketuk
1/2 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
rempah tumis - (kayu manis,bungalawang, biji pelaga, cengkih)
2 sudu makan butter@minyak sapi(goreng pakai minyak saje-lupa ada butter)
garam

Cara-cara
Panaskan butter@minyak sapi, tumis bawang, rempah tumis dan halia hingga naik bau. Masukkan serai dan daun pandan. Masukkan sekali beras dan gaul rata. Last skali masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga nasi masak.Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup jika suka.


Ayam berempah pok nik(kasi glamer sket dia)
beberapa ketui ayam
bawang merah
bawang putih
serbuk kari
garam
tepung jagung(bagi lebih bersalut pd ayam)
kunyit
lada merah
halia

blander sumer bahan kecuali ayam tu ler..pastu perap la. lagi lama perap lagi sedap rasa dia. pastu goreng. taruk la daun kari semasa menggoreng untuk bau yg lebih menggiurkan..ewah2....

p/s:lupa letak gambar. karang lah i edit.


Family Day blok D

ACARA PERMULAAN..,MAKAAAN!!!!

cik yah...jgn bawak lari kain pelikat tuuuu..


mewarna kunun...out of category... saje memeriahkan majlis

tumpang sekaki setangan.....

9.1.11

Pengerat Hubungan

Dulu, selalu wonder kenapa orang2 dewasa slalu kata, anak2 tu pengerat hubungan dalam sesebuah ikatan rumahtangga. sekarang agak paham la. bila ada krisis antara kami, anak2 selalunya 'menghubungkan' kami semula. Buat kami gelak time kami masing2 masyam muka...macam2 lah....



three trouble maker...la la la 

8.1.11

Jemput-jemput roti

Suatu masa dulu, balik kg, my sis ada buat jemput2 roti. Agak unik bagi aku yang baru berjinak dalam dunia masak memasak ni. hasilnya agak leper dan x berapa chanteq, kata otai2, itu adalah sebab kurang tepung tapi rasa dia lembut jer..dan sedap. lain kali, i akan cuba dengan menambah tepungnya.walau lambat  makan dan dah sejuk..tetap masih lembut. resepi? x berapa pandai nak tulis sbb main campak


CEKODOK ROTI.
bahan bahan.
beberapa keping roti
bawang besar
gandum
garam
sedikit lada merah(hiris dadu)

campurkan sumer bahan...dan goreng..makan ngan sos pilihan sendiri. kata sifu, makan ngan sambal tumis pon sodaap...kata my sis, letak ikan bilis atau udang lagi sedap tapi en asben dah pesan, beliau x suka ikan bilis dan beliau juga alergik terhadap udang..jadi sumer bahan itu di ketepikan. apa pun..sedap! (td, aku masuk bakul..skrg tgh angkat sendiri)..hehehe...

Facebook Badge