17.5.10

SYUKUR


Dear diary,hari ni aku nak panjatkan kesyukuran ku kepada Khaliqku yg telah menciptakan aku yg lengkap dengan perasaan sbg seorang manusia. aku mampu gembira, aku mampu sedih, aku mampu cemburu, aku mampu menyayangi dan segala perasaan lain..... Ya Allah, Ya Khaliq, jedikan lah aku manusia yg mampu memberi manfaat kepada manusia lain dan jangan lah kau melebihkan sifat mazmumah dalam diri ku, dan Kau kuatkan lah sifat Mahmudah pada diriku semoga aku dan keluargaku sentiasa berada dalam keredhaan Mu.....

Dear diary,few days ago, dapat surat untuk g temuduga.......fuuuuuuuuuuuuuu...never been to any intvw session so far. Belum tau nak g ke x.. nak kena fikir dulu...hehehe... wish me luck!

15.5.10

ULTRAMAN NGANGO

Original version

mana yg paling cute...hehehe

SELAMAT HARI GURU

Sempena hari guru ni...saya siti asmat bt abdul ghani...dengan tulus ikhlas ingin melafazkan penghargaan saya untuk semua guru yg pernah mendidik saya sampai skrg walaupun saya bukan end up dengan kejayaan yg diharapkan..tapi sekurang2 nya saya kenal merah biru, baik burruk, betul salah...

Antara guru2 yg saya ingat...cikgu yap ai hoon, sir yazid yg ajar bahasa inggeris, cikgu kamaruddin, ustazah noraini, ustazah hashimah, cikgu fatihah, teacher himrolaini yg mengajar bahasa inggeris dan suaminya yg mengajar bahasa melayu, cikgu rosli yg mengajar sains, cikgu hadi for biologi, cikgu wan ahmad for kimia, cikgu borhanuddin, cikgu yusri for maths...dan ramai lagi yg x tersebut...semua jasa kalian amat saya hargai...

25.3.10

Ciri isteri solehah (bhgn 1)

Aku ke ni?takkan la... mancung je hidung tu... Cheese! cita2 je lebih...huh


Saje sebagai peringatan untuk aku  yg jahil lagi jahiliah ni.. sungguhnya sejahat2 aku, masih juga mendambakan keredhaan Allah... semoga kita semua mampu..
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
....

21.3.10

CIRI CIRI SUAMI YG BAIK


10 sifat calon suami yang baik: 
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
alhamdulillah.... ciri2 suami ku. haku je isteri yg hampeh. patut la..... huhuhu.... 

Facebook Badge